Friday 25 April 2014

Set Kesuburan Shaklee :)

Awal-awal pagi dah dapat soalan cepu emas mengenai set kesuburan shaklee.

Soalan 1 : "Berapa lama saya kena ambil Set Kesuburan Shaklee ni baru saya akan mengandung?"


Soalan 2 : "Effective ke Set Kesuburan Shaklee ni?"


Soalan 3: "Kenapa ia saya ambil set kesuburan shaklee belum ada conceive lg?" 


Untuk pengetahuan anda, Set Kesuburan Shaklee ni bukanlah magic potion...makan je terus conceive :) Ia adalah ikhtiar yang tidak memudaratkan; malah MENJADIKAN ANDA & SUAMI SEMAKIN SIHAT. Apabila kita sihat, hormon dalam badan kita akan stabil. Bila hormon stabil, haid pun teratur, maka mudahlah untuk kita merancang dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, betul tak?



GLA Complex (60bj) RM91.25
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon serta mengawalatur kitaran haid. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenalpasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dpt ditingkatkan. Selain itu, GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma utk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut.

Cara pengambilan:-
  • Bagi period teratur, cara pengambilan GLA ambil mulai hari pertama period hingga hari ke 13.  Hari ke-14 berhenti ambil GLA dan tunggu sehingga hamil/period yang seterusnya. Kalau masih period, mula ambil GLA semula (hari 1-13 period sahaja).Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. 
  • Bagi period tak teratur, cara pengambilan GLA ambil sebiji selang 8 jam setiap hari sehingga period teratur (biasanya 2-3 bulan lepas amalkan GLA, period akan teratur). Bila period dah teratur, ikut cara atas. Selepas 14 hari, boleh buat upt. Kalau positif, stop makan. Kalau negatif, sambung makan pada next period. 

Zink Complex (120bj) RM33.75
Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Bagi suami, pengambilan zinc membantu dari segi kuantiti sperma serta mengekalkan penghasilan hormon testosteron.

Cara pengambilan untuk suami :  zinc 1 biji sehari sebelum makan. Disarankan diambil semasa perut kosong bagi memudahkan penyerapan zinc dalam badan.


No comments: